JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelaksanaan Pengurusan Harta Luqatah, Penyelesaian Hutang Pihak Ketiga Dan Pengurusan Wang Tidak Patuh Syariah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:


(a) Terimaan hasil sumber am daripada Luqatah yang terkumpul dari tahun 2011 sehingga Ogos 2016 adalah berjumlah RM87,525.85.Penyelesaian Hutang Pihak Ketiga terkumpul berjumlah RM86,221.27 dan terimaan wang tidak patuh syariah yang terkumpul adalah berjumlah RM5,395,049.50 dan jumlah keseluruhan adalah RM 5,568,796.62.


(b) Jabatan Audit Negara melalui Semakan Pengauditan Muktamad Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2015 yang bersidang pada 12 Julai 2016 bertempat di Imarah Wakaf MAIWP, Jalan Perak telah membuat teguran mengenai hasil terimaan ini.


(c) Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-92 pada 7 Julai 2015 bersetuju bahawa wang yang haram dan tidak patuh syariah adalah seperti berikut :

 

(i) Hendaklah diserahkan kepada pemiliknya jika mampu,

(ii) Diagihkan untuk kemaslahatan muslimin seperti pembinaan jalan, jambatan, tandas dan sebagainya,

(iii)  Baitulmal,

(iv)  Disedekahkan bagi pihak tuannya.

(d)  MAIWP mencadangkan agar perbelanjaan terimaan hasil Sumber Am ini seperti berikut :


---(i)  Digunakan untuk maslahah umum umat Islam seperti berikut:


1. Pembinaan dan penyelenggaraan bangunan pusat perlindungan, pusat dakwah, pusat pendidikan serta masjid atau surau.

2. Kemudahan asas seperti pembinaan dewan, perhentian bas, jambatan dan lain-lain untuk kegunaan umum. 


---(ii) Diagihkan kepada golongan fakir dan miskin khususnya melalui skim-skim bantuan di Baitulmal MAIWP.

 

KEPUTUSAN


Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut :


(a) Wang-wang tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Baitulmal dan diagihkan untuk kegunaan umat Islam kecuali bagi pembinaan Masjid atau Surau.


(b) Wang Luqatah dan Terimaan Penyelesaian Hutang Pihak Ketiga hendaklah dipulangkan kepada pemiliknya sekiranya membuat tuntutan dan sabit benar atas tuntutan tersebut


Klik disini untuk mencetak