JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kadar ‘Uruf Pemilikan Dan Pemakaian Barang Kemas Kalangan Wanita Islam Di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kategori: Zakat
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-99 yang bersidang pada 30 November 2016 bersamaan 30 Safar 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum beberapa perkara seperti berikut:

 

(a) Kadar ‘uruf pemakaian barang kemas yang diguna pakai di Wilayah Persekutuan sebanyak 150 gram sejak tahun 1995 hingga kini.

 

(b)  Satu kajian Pemilikan Barang Kemas Yang Dipakai Dalam Kalangan Wanita Islam di Wilayah Persekutuan bagi menilai semula kadar yang sesuai dengan keadaan semasa khusus mengenai kadar ‘uruf di Wilayah Persekutuan telah dijalankan secara usaha sama di antara PPZ-MAIWP dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) selama empat bulan dan berakhir pada bulan Oktober 2016 lalu yang melibatkan bilangan responden seramai 2,000 orang di tiga lokasi kajian iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

(c)  Hasil kajian mendapati tiada sandaran kuat bagi menentukan nisab (had minima) sebaliknya bergantung kepada ‘uruf had-al-israf. Justeru, kajian yang bersandarkan pendapat menjurus kepada jumlah 200 mithqal (850 gram) atau 10 kali ganda daripada nisab emas simpanan.

 

(d) Data kajian mengenai taburan kekerapan berat barang kemas yang dipakai mendapati julat 50 gram mewakili 76.66% (1,462 responden) dari keseluruhan berat emas responden. Dapatan kajian menunjukkan nilai mod adalah 30 gram dengan ¾ daripada responden memakai emas antara 0-50 gram. Berdasarkan kepada fakta di atas kadar ‘uruf barang kemas yang dipakai yang dicadangkan oleh kajian adalah sebanyak 300 gram berdasarkan 10 kali ganda (Imam al-Nawawi) nilai mod iaitu 30 gram.



KEPUTUSAN


Mesyuarat telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut:


(a) Kadar ‘uruf had-al-israf di Wilayah Persekutuan adalah 800 gram;

(b) Zakat wajib dikenakan ke atas emas perhiasan wanita apabila jumlah berat pemilikan dan pemakaiannya melebihi kadar ‘uruf had-al-israf; dan

(c) Zakat emas perhiasan wanita dikira terhadap nilai berat yang melebihi kadar ‘uruf sahaja (800 gram) atau keseluruhan emas yang dimiliki bermula jumlahnya 800 gram dan ke atas.

Klik disini untuk mencetak