JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pandangan Hukum Larian Obor Di Sukan Sea

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah berbincang dan mengambil keputusan bahawa hukum larian obor di sukan sea adalah makruh dan boleh di gantikan dengan acara lain antaranya :


(a) Menggunakan obor LED dalam larian Sukan SEA. Ini adalah lebih baik dari banyak sudut.


(b) Menggunakan sesuatu yang menjadi tanda simbolik kepada semangat ASEAN.

Sekiranya larian ini diadakan juga maka di sini dinyatakan beberapa panduan (dhawabit) bagi umat Islam yang menyertai larian tersebut. Antaranya:


(i)  Tidak menganggap ianya sebagai bentuk pemujaan kepada objek atau sebarang bentuk tuhan dan memuliakan mana-mana agama.

(ii)  Ia semata-mata sebagai simbol keamanan atau kebersamaan.

(iii)  Ia tidak dilakukan dalam bentuk mengagungkan api.

(iv)  Pakaian hendaklah sesuai mengikut yang diizinkan syariat.

(v)  Hendaklah menghormati sensitiviti umat Islam.


Klik disini untuk mencetak