JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Larangan Dan Tegahan Kepada Umat Islam Melakukan Akiviti Jualbeli Ketika Khatib Sedang Berkhutbah Pada Hari Jumaat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-101 yang bersidang pada 26 April 2017 bersamaan 29 Rejab 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan mengambil maklum seperti berikut :


(a) Sejak kebelakangan ini aktiviti jualbeli pada hari Jumaat di dalam atau di luar kawasan masjid semakin mendapat perhatian orang ramai sehinggakan aktiviti jualbeli pada hari Jumaat telah menjadi satu kemestian pada setiap minggu di mana orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelajar sekolah, pekerja swasta mahupun kakitangan kerajaan akan mengambil peluang pada waktu rehat untuk membeli pelbagai juadah dan barangan yang dijual.


(b)    Aktiviti perniagaan ini menjadi semakin rancak sehingga terbawa-bawa ke waktu solat Jumaat.


(c)   Orang awam seolah-olah tidak mengendahkan panggilan azan yang dialunkan menandakan waktu solat Jumaat telah pun masuk. Namun aktiviti jualbeli masih lagi berjalan sehinggalah tiba aluan azan kedua. Bahkan terdapat segelintir jemaah yang masih berlegar-legar memerhati pelbagai hasil jualan dan ada juga yang masih leka menikmati juadah yang dibeli.


KEPUTUSAN


Mesyuarat telah menimbang kertas ini dan setelah berbincang mesyuarat mengambil keputusan seperti berikut :


(a)  Haram dan dilarang melakukan aktiviti jualbeli ketika khatib sedang berkhutbah pada hari jumaat;


(b)   Larangan ini bermula pada azan yang pertama sebagai ”sad azzara’ik”; (سد الذرائع)


(c)    Larangan ini terpakai samada di dalam kawasan masjid atau di luar; dan


(d)    JAWI hendaklah mengeluarkan pekeliling kepada pihak Masjid-Masjid berhubung larangan tersebut.

Klik disini untuk mencetak