Penelitian Program Quran Hour Anjuran Yayasan Wawasan Ummah Ikhlas (WUI)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 yang bersidang pada 30 Mei 2017 bersamaan 4 Ramadan 1438H telah menimbang dan meneliti perkara ini dan membuat keputusan seperti berikut :
Hukum penganjuran Program Quran Hour adalah harus, tetapi pihak penganjur dan masyarakat awam perlu menepati ciri-ciri berikut:
(i) Program tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan bacaan dan pembelajaran al-Quran.
(ii) Tidak dinyatakan kelebihan tertentu bagi penetapan tersebut dari segi tarikh, masa, tempat dan kelebihan tertentu yang tidak warid daripada al-Quran dan al-Hadith.
(iii) Tidak mewajibkannya kepada masyarakat.
(iv) Tidak memandang orang yang tidak melakukannya kerana mengambil langkah berhati-hati dengan pandangan yang serong.
(v) Tidak mencampuradukkan dengan amalan tidak disyariatkan.