Penggunaan Transliterasi Dalam Pembacaan Quran Khusus Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Melalui Pembangunan Transliterasi Makhraj Dalam Perisian i-SIGN QurANIS
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-103 yang bersidang pada 27 Julai 2017 bersamaan 3 Zulkaedah 1438H telah meneliti kertas ini dan membuat keputusan membenarkan penggunaan Ttransliterasi dalam pembacaan Al Quran bagi orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Adanya tulisan arab secara bersama
2. Hanya bersifat wasilah untuk semetara waktu sahaja
3. Mengikut standard antarabangsa dalam transileterasi