Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-23 yang bersidang pada 20 Februari 1989 telah membincangkan Pameran Khazanah Dari Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- “Pameran Khazanah Dari Kubur” oleh Muzium Negara yang melibatkan pameran barang-barang purba yang dijumpai di dalam kubur dan juga keranda mumia (bukan mayat mumia) boleh diteruskan;
- Mayat mumia tidak harus dipamerkan sama ada ianya Islam atau bukan Islam.
- Pameran barang-barang purba penemuan daripada kubur adalah harus, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
- Pameran patung-patung adalah ditegah oleh Islam.