JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1989
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan Kedudukan Mak Nyah Dalam Islam. Majlis RajaRaja dalam mesyuaratnya kali ke-126 pada 24 Februari 1983 telah mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa seperti berikut:


  1. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak, dan
  2. Seseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.
Klik disini untuk mencetak