JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tanah Perkuburan Dan Krematoria

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1992
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-29 yang bersidang pada 19 Februari 1992 telah membincangkan Perancangan Tanah Perkuburan Dan Krematoria. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Bersetuju dengan cadangan kawasan tanah perkuburan lama (lebih dari 90 tahun) digunakan semula secara berperingkat-peringkat. Ini adalah kerana tidak terdapat nas dari Al-Quran dan hadith yang melarang tanah perkuburan yang lama digunakan semula.
  2. Tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan kubur bertingkat sedalam 18 kaki yang dapat menempatkan (3) mayat secara bertingkat kerana pada masa ini masih terdapat banyak kawasan yang boleh dijadikan sebagai tanah perkuburan dan keadaan yang ada sekarang ini masih belum sampai ke peringkat dharurat. Sekiranya keadaan benar-benar mendesak maka cadangan ini boleh dipertimbangkan berdasarkan kaedah fiqhiyah.
  3. Bersetuju supaya pihak-pihak berkenaan mencari tanah-tanah di luar Wilayah Persekutuan untuk tujuan tanah perkuburan umat Islam.
Klik disini untuk mencetak