JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 1997
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-42 yang bersidang pada 30 Mei 1997 telah membincangkan Al-Quran Diletakkan Di Hotel-Hotel Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Bersetuju meletakkan Al-Quran di hotel-hotel di Malaysia dengan mematuhi kaedah berikut:
  2. Diletakkan di tempat khas supaya tidak dicapai oleh kanakkanak sekiranya mereka berada di situ.
  3. Sentiasa diawasi oleh penyelia hotel yang beragama Islam supaya tidak disalah guna.
  4. Meletakkan nota/catatan bagi orang-orang yang ingin menyentuh Al-Quran di cermin khas di mana Al-Quran itu di tempatkan.
  5. Adalah lebih baik kalau disediakan Al-Quran terjemahan supaya mereka boleh memahami dengan lebih dekat lagi isi kandungan Al-Quran.
Klik disini untuk mencetak