JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mayat Disimpan Lama Atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Mayat Disimpan Lama atau Dikorek Semula Untuk Dijadikan Sebagai Bahan Kes Dalam Mahkamah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Pengkebumian mayat hendaklah disegerakan. Perbuatan sengaja melambat-lambatkan pengkebumian adalah haram.
  2. Pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dalam kes kematian hendaklah menyegerakan siasatannya. Tindakan melambatlambatkan siasatan sehingga menyebabkan mayat lambat dikebumikan adalah juga haram.
  3. Menyimpan atau mengorek semula mayat untuk dijadikan bahan kes dalam mahkamah bagi kemaslahatan umum adalah harus.
Klik disini untuk mencetak