Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang Menggabungkan Nama Anak Angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan.
Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya.