JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2004
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 telah membincangkan Hukum Mengguna Semula Tanah Perkuburan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Adalah harus menggali semula tanah perkuburan sekiranya terdapat keperluan yang mendesak atau dharurat dengan sebab-sebab tertentu yang diharuskan oleh syarak; dan
  2. Adalah diharuskan menggali semula tanah perkuburan setelah dikenal pasti mayat itu telah reput oleh pihak berkuasa untuk digunakan bagi mengebumikan mayat yang baru.
Klik disini untuk mencetak