Hukum Orang Islam Bekerja Di Rumah Orang Bukan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Bekerja Di Rumah Orang Bukan Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam diharuskan bekerja di rumah orang bukan Islam dengan syarat pekerjaan tersebut dihalalkan oleh syarak, sentiasa menjaga adab dan batas-batas pergaulan dan pekerjaan tersebut tidak menghalang atau menjejaskan tanggungjawab sebagai orang Islam.