JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-16 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle). Muzakarah telah memutuskan bahawa Hukum Pelupusan Buku Teks Pendidikan Islam Secara Kitar Semula (Recycle) adalah harus dengan syarat-syarat berikut: 


  1. Kerja-kerja pengkitaran semula buku-buku teks Pendidikan Islam seelok-eloknya dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam.
  2. Pekerja yang terlibat dalam proses pengkitaran semula hendaklah terdiri daripada orang Islam.
  3. Kertas dan buku teks Pendidikan Islam yang dikitar semula hendaklah tidak digunakan untuk membuat bahan yang tidak sesuai seperti kertas tandas dan sebagainya.
  4. Bahan-bahan kimia yang digunakan dalam proses pengkitaran semula hendaklah tidak mengandungi bahan najis.
Klik disini untuk mencetak