JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Penulisan ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;
  2. Penulisan khat ayat Al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;
  3. Tulisan khat ayat Al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;
  4. Tulisan khat ayat-ayat Al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan 
  5. Tulisan seni khat ayat-ayat Al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat Al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.
Klik disini untuk mencetak