JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Rakaman Lagu-Lagu Nasyid Berbentuk Doa

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2005
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Rakaman Lagu-Lagu Nasyid Berbentuk Doa.


Muzakarah telah memutuskan bahawa lagu-lagu nasyid berbentuk doa diharuskan di dalam Islam selagimana nyanyian tersebut mempunyai senikata yang baik yang memuji Allah dan Rasul, keindahan makhluk Allah atau kepada tanggungjawab atau mengenai sifat bertaqwa kepada Allah SWT, tidak biadap dan mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul di antara lelaki dan wanita, tidak membawa kepada fitnah, tidak mendedahkan aurat dan tidak memuji makhluk Allah secara berlebihan.

Klik disini untuk mencetak