JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Melantik Wanita Sebagai Hakim Syar'ie

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum Melantik Wanita Sebagai Hakim Syar'ie.


Muzakarah telah memutuskan bahawa wanita harus dilantik menjadi Hakim Syar'ie dalam kes-kes selain kes hudud dan qisas. Pemilihan dan pelantikan hendaklah dibuat dengan penuh teliti dan teratur.

Klik disini untuk mencetak