JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan WanitaAjnabi.


Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.

Klik disini untuk mencetak