JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Penggantungan Kaligrafi Islam Di Premis Bukan Islam.


Muzakarah telah memutuskan bahawa bagi menjaga kehormatan dan kemuliaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kalimah-kalimah suci agama Islam, perbuatan menggantung apa jua ayat-ayat suci Al-Quran atau kalimah-kalimah suci agama Islam di premis-premis bukan Islam atau mana-mana tempat yang boleh mendedahkannya kepada penghinaan, penipuan atau penyalahgunaan adalah dilarang oleh Islam.


Penjualan dan penyimpanan kitab suci Al-Quran di kedai-kedai yang dimiliki oleh orang bukan Islam adalah juga dilarang oleh Islam kerana ia boleh membawa kepada penghinaan ke atas kehormatan dan kesucian kitab suci tersebut.

Klik disini untuk mencetak