JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83 yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid).


Muzakarah telah memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. Muzakarah menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

Klik disini untuk mencetak