JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Mengenakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-Undang Syariah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: N/A
Negeri: N/A
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-84 yang bersidang pada 15 Disember 2008 telah membincangkan Cadangan Mengenakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-Undang Syariah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:


  1. Cadangan mengenakan kompaun terhadap umat Islam yang melakukan kesalahan dalam undang-undang Syariah kurang memberi kesan dan keinsafan terhadap diri pesalah-pesalah kerana kesalahan yang dilakukan boleh dibayar dengan wang sahaja. 
  2. Oleh itu, sebagai satu kaedah kaunseling untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada pesalah-pesalah, Muzakarah memutuskan supaya cadangan mengenakan kompaun terhadap kesalahan-kesalahan undangundang Syariah di dalam kes-kestakzir yang terpilih tidak dilaksanakan kerana tindakan mahkamah yang sedang berkuat kuasa diyakini mampu menanganinya.
Klik disini untuk mencetak