Status Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (Pnb) Berdasarkan Maqasid Shariah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2017 yang bersidang pada 21 Mac 2017 bersamaan 22 Jumadalakhirah 1438H berkaitan Status Pelaburan PNB Berdasarkan Maqasid Syariah memutuskan bahawa:
Hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tidak harus kerana masih terdapat 38% pelaburannya tidak patuh syarak. Walau bagaimanapun PNB wajib membayar zakat wang pelaburan dalam ASN dan ASB pada setiap tahun.
PNB perlu meningkatkan usaha dari semasa ke semasa untuk memastikan pelaburan ASN dan ASB menepati syarak sepenuhnya.