Penjelasan Hukum Penggunaan Patung Manusia (Mannequen) Di Dalam Muzium Pengurusan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:
Keputusan JKF Negeri Kedah Pada 9 Disember 1974 & 11 November 1989 bersetuju memutuskan bahawa :
Hukum membuat gambar patung dan menggunakannya kecuali anak patung permainan kanak-kanak adalah haram.
Penggunaan patung manusia (mannequen) sebagai salah satu altenatif untuk menggambarkan pemakaian atau pergerakan individu dalam beberapa keadaan tertentu seperti pergerakan pakaian anggota keselamatan pada zaman kemerdekaan dahulu atau posisi askar melayu ketika dalam pertempuran adalah bertentangan dengan kehendak syarak.
Maka jawatankuasa menasihatkan pihak Pentadbir Muzium Pengurusan UUM dapat membina patung manusia (mannequen) dalam keadaan tidak sempurna seperti wajah yang kosong, badan dibuat lubang, atau sebagainya. Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa binaan patung tersebut tidak seperti manusia yang sempurna.