JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin(PERAHMAT)

Kategori: Akidah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 19 Disember 2016 Kali Ke 4/2016 telah membincangkan tentang Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (PERAHMAT). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


Mesyuarat bersetuju memutuskan ajaran yang dibawa oleh Dr. Ismail bin Kassim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh kerana :


  1. Mendakwa syahadah dan Islam seseorang terbatal apabila tidak mempelajari ilmu syahadah (Penyaksian roh yang sedang bersyahadah)
  2. Mendakwa wajib mempelajari zikir nafas untuk mencari Allah
  3. Mendakwa amalan zikir nafas adalah amalan sejak nabi Adam AS dan 124000 para Rasul dan Wali Allah
  4. Mendakwa seseorang wajib mencari penyaksi yang akan menjadi saksi di alam arwah dan sekiranya ia tidak dijumpai maka Allah akan mengutuskan saksi apabila beramal dengan zikir nafas
  5. Mendakwa zikir nafas sabit melalui Al-Quran dan Al-Hadis dan sesiapa yang mengingkarinya dianggap menaruh syak terhadap Al-Quran dan Al-Hadis
  6. Mendakwa makhluk diciptakan Allah SWT akan terus hidup dengan dengan kalimah Hu. Ini bertentangan dengan Nas Syarak dan menyerupai amalan ajaran hindu
  7. Mendakwa hari kiamat akan berlaku apabila makhluk tidak lagi berzikir dengan kalimat Allah iaitu semua makhluk seperti haiwan, tumbuhan dan manusia tidak bernafas dengan zikir kalimat Allah
  8. Mentakwil ayat-ayat Al-Quran dengan bathil
  9. Menyeleweng daripada kaedah penafsiran Al-Quran
  10. Berpegang kepada hadis palsu


Sehubungan dengan itu, mana-mana orang Islam dilarang mempelajari, berpegang, beramal dan menyebarkan ajaran Dr Ismail Kassim di Negeri Pahang dan mereka yang beramal dengannya hendaklah bertaubat  


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/130-pertubuhan-rahmatan-lilalamin-perahmat


Klik disini untuk mencetak