JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mencukur Bulu Muka ( Misai, Jambang, Dan Janggut ) Bagi Tujuan Keselamatan Pegawai Dan Kaki Tangan Yang Memakai Alat Pernafasan Di Kilang B.A.S.F Petronas Klimikal Gebeng Kuantan.

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 19 disember 2016 Kali Ke 4/2016 telah membincangkan Hukum Mencukur Bulu Muka ( Misai, Jambang, Dan Janggut ) Bagi Tujuan Keselamatan Pegawai Dan Kaki Tangan Yang Memakai Alat Pernafasan Di Kilang B.A.S.F Petronas Klimikal Gebeng Kuantan. . Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Mencukur bulu muka, ( Janggut, jambang dan misai ) bagi tujuan keselamatan pegawai dan kakitangan yang memakai alat perlindungan pernafasan di kilang B.A.S.F Petronas Kimikal adalah diharuskan berdasarkan kaedah Fiqhiyyah ialah La Dharar Wala Dhirar dan Sidu Zaraik iaitu menutup segala pintu keburukan dan kemudaratan.


Hukum memelihara janggut adalah perbuatan sunat dan tidak wajib mengikut Mazhab Syafii serta harus mencukurnya.


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/16-2016/133-hukum-mencukur-bulu-muka-misai-jambang-dan-janggut-bagi-tujuan-keselamatan-pegawai-dan-kakitangan-yang-memakai-alat-pernafasan-di-kilang-b-a-s-f-petronas-kimikal-gebeng-kuantan


Klik disini untuk mencetak