Had Tempoh Muallaf.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke ke 210 bertarikh 5-7 Mac 2017M / 6-8 J' Akhir 1438H (Ahad-Selasa) telah memutuskan seperti berikut:
Mesyuarat memperaku dan bersetuju bahawa kadar penentuan Had Muallaf bagi Negeri Perak Darul Ridzuan adalah selama 3 tahun dengan syarat mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan dan diiktiraf oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak atau Badan-badan Berautoriti ".