Kedudukan Wang Ta'liq Khul'i Yang Tidak Dituntut.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke ke 210 bertarikh 5-7 Mac 2017M / 6-8 J' Akhir 1438H (Ahad-Selasa) telah memutuskan seperti berikut:
1) Mesyuarat memperaku dan bersetuju supaya Wang Ta'liq Khul'i yang tidak dituntut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal dan diklasifikasikan sebagai barang temuan (harta Luqatah) dalam tempoh satu tahun.
2) Mesyuarat juga menyarankan agar pihak Mahkamah Syariah menyatakan di dalam surat kepada pihak suami berkaitan urusan tuntutan wang ta'liq khul'i supaya menuntut wang tersebut dalam tempoh satu tahun. Jika tiada sebarang tuntutan dalam tempoh tersebut, maka wang berkenaan menjadi hak Baitulmal.
3) Hadis berkenaan Luqatah seperti berikut :
سُئل رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عن الُّلقطةِ ، الذهبُ أو الورِقُ ؟
فقال (اعرَفْ وكاءَها وعفاصَها . ثم عرِّفها سنةً . فإن لم تعرف فاستنفقْها.
ولتكن وديعةًعندك . فإن جاء طالبُها يومًا من الدهرِ فأدِّها إليه )
“Nabi SAW. pernah ditanya tentang barang temuan berupa emas atau perak. Maka beliau bersabda, “Ingatlah tali pengikat dan wadahnya, kemudian umumkan selama setahun. Jika barang tersebut tidak ada yang mengakuinya, maka gunakanlah. Hendaknya barang temuan itu dianggap sebagai barang yang dititipkan padamu. Jika pada suatu hari orang yang memintanya datang, maka hendaknya engkau berikan kepadanya.”
-الراوي : زيد بن خالد الجهني | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم