JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ketetapan Hukum Syarak Berkaitan Penerimaan Pewakafan Yang Mempunyai Bebanan Hutang Melalui Perjanjian Pembangunan Tanah Milik Peserta Di Dalam Kawasan Projek Felcra Dan Risda

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 211 bertarikh 21 Jun 2017M /26 Ramadhan 1438H (Rabu) telah memutuskan seperti berikut:


1) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memperaku untuk menolak perakuan penerimaan sesuatu  wakaf ke atas pewakafan harta yang masih mempunyai tanggungan atau bebanan hutang / pinjaman kerana pemilikan harta tersebut tidak memenuhi syarat-syarat harta yang diwakafkan iaitu masih belum sempurna milik pewakaf (ملك التام).


2) Mesyuarat mendapati bahawa cadangan pewakafan terhadap tanah-tanah tersebut didapati masih mempunyai bebanan hutang dengan pihak Felcra dan Risda.



Klik disini untuk mencetak