JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membantu Saudara Baru (Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 10 Rejab 1437 bersamaan 18 April 2016 membuat keputusan bersetuju supaya tiada had tempoh kemuallafan seseorang saudara baru bagi Negeri Terengganu. Namun penentuan kelayakan penerima zakat berkenaan akan ditentukan oleh pihak pengurusan zakat. Walau bagaimanapun sebarang keputusan selanjutnya mengenai perkara ini bergantung kepada perkembangan pada masa akan datang.

Klik disini untuk mencetak