Tafsiran Istilah “PORK FREE”
Berdasarkan kepada siasah syar’iyyah, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 10 Rejab 1437 bersamaan 18 April 2016 membuat keputusan bersetuju supaya istilah “pork free” perlu diharamkan oleh pihak berkuasa kerana ia mengelirukan masyarakat Islam dalam status halal sesuatu bahan makanan.