Pandangan Fatwa Berhubung Hukum Penggunaan Vaksin
Berdasarkan kepada penerangan yang telah disampaikan oleh pakar-pakar perubatan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Dua Puluh Satu Penggal Ke Sebelas yang bersidang pada 24 Ramadan 1437H bersamaan 29 Jun 2016 membuat keputusan bahawa :-
i) Bahan-bahan yang terdapat dalam vaksin adalah halal ;
ii) Pengambilan vaksin adalah satu keperluan sebagai pencegahan penyakit ; dan
iii) Sekiranya tanpa pengambilan vaksin, manusia akan terdedah kepada penyakit yang memudaratkan fizikal dan nyawa, maka pada masa itu pengambilan vaksin adalah wajib.
iv) Jika pengambilan vaksin ini diwajibkan oleh pihak berkuasa, maka hukumnya adalah wajib.