JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memohon Pandangan Jawatankuasa Fatwa Berkaitan Susunan Wali Pernikahan

Kategori: Munakahat
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-25 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1438 bersamaan 22 Januari 2017 telah bersetuju menerima cadangan susunan wali pernikahan seperti berikut :


  1. Bapa الأب
  2. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas الجد أبو الأب
  3. Saudara lelaki seibu sebapa   الأخ للأب والأم
  4. Saudara lelaki sebapa الأخ للأب
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم
  6. Anak saudara lelaki sebapaابن الأخ للأب
  7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم
  8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب
  9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapaالعم للأب والأم
  10. Bapa saudara sebelah bapa sebapaالعم للأب
  11. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)ابن العم للأب والأم
  12. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)ابن العم للأب
  13. Anak sepupu seibu sebapa ke bawahابن ابن العم للأب والأم
  14. Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب
  15. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)عم الأب للأب والأم
  16. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara)عم الأب للأب
  17. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عم الأب للأب والأم
  18. Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب
  19. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawahابن ابن عم الأب للأب والأم 
  20. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب
  21. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)عم الجد للأب والأم
  22. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara)عم الجد للأب
  23. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapaابن عم الجد للأب والأم
  24. Anak lelaki moyang saudara sebapaابن عم الجد للأب
  25. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapaابن ابن عم الجد للأب والأم
  26. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapaابن ابن عم الجد للأب


Perlu ditekankan bahawa sebutan secara umum “ke bawah” pada no.7 dan no.8 tidak bermakna anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa berada di kedudukan setaraf dengan anak saudara lelaki seibu sebapa, dan mendahului kedudukan anak saudara lelaki sebapa, tetapi sebaliknya anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa berada di kedudukan selepas anak saudara lelaki seibu sebapa dan anak saudara lelaki sebapa. Begitulah juga untuk no.13 dan no.14 serta no.19 dan no.20.




Klik disini untuk mencetak