Ajaran Ilmu Syahadah, Zikir Nafas Dan Lain-Lain Yang Berkaitan Dengan Kedua-Duanya Oleh Ismail Bin Kassim Dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) Atau Seumpamanya
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Pertama Penggal Ke-12 yang bersidang pada 2 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 1 Mac 2017 telah bersetuju dan memutuskan untuk mewartakan ajaran ini serta membuat keputusan sebagaimana sighah fatwa berikut:
i. Fahaman dan ajaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) atau seumpamanya mengandungi elemen-elemen seperti berikut :
ii. Ajaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat) adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan syariah.
iii. Diharamkan mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu daripada berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran ilmu syahadah, zikir nafas dan lain-lain yang berkaitan dengan kedua-duanya oleh Ismail bin Kassim dari Pertubuhan Rahmatan Lil Alamin (Perahmat)
iv. Semua bentuk pengajaran, penerbitan dan pengedaran bahan-bahan ajaran tersebut melalui apa jua medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta.
v. Justeru, orang Islam hendaklah menjauhi ajaran ini dan dilarang berpegang serta beramal dengannya. Mana-mana orang Islam yang telah mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t.
vi. Mana-mana orang Islam di Negeri Terengganu yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Terengganu.