JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pohon Pandangan Berkenaan Bangunan Balai Raya Dan Balai J3k Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu Yang Telah Dibina Di Atas Tanah Rezab Kubur

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2016
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pembentang dan hasil perbincangan yang dibuat, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-24 Penggal Ke-11 yang bersidang pada 14 Rabiul Awal 1438 bersamaan 14 Disember 2016 bersetuju memutuskan bahawa setiap tanah yang telah diwartakan sebagai tapak perkuburan Islam tidak boleh digunakan selain daripada tujuan pengebumian jenazah. Oleh itu, mana-mana pencerobohan ke atas tapak perkuburan ini adalah diharamkan dan bangunan yang telah dibina tersebut wajib dirobohkan.


Klik disini untuk mencetak