JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara


Kategori: Haiwan
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk berkenaan Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara dengan sighah seperti berikut:


  1. Jumhur menyatakan bahawa “al-Jalalah” bermaksud haiwan yang kebanyakan (majoriti) makanannya daripada najis. Al-Jalalah itu meliputi semua jenis haiwan sama ada unta, lembu, kambing, ayam, itik, ikan atau sebagainya daripada haiwan yang boleh dimakan.
  2. Binatang jalalah yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan.
  3. Manakala binatang jalalah yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan.
  4. Walaupun begitu, binatang jalalah tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui tempoh kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari.



Status Pewartaan : Tidak Diwartakan

 


Klik disini untuk mencetak