Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan : Penilaian Semula Dan Penyelarasan
1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan : Penilaian Semula Dan Penyelarasan. Mesyuarat memutuskan untuk menerima serta memperakukan susunan wali perkahwinan seperti berikut:-
a. Bapa
b. Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas
c. Saudara lelaki seibu sebapa
d. Saudara lelaki sebapa
e. Anak saudara lelaki seibu sebapa
f. Anak saudara lelaki sebapa
g. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
h. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah
i. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
j. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
k. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu)
l. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu)
m. Anak sepupu seibu sebapa ke bawah
n. Anak sepupu sebapa ke bawah
o. Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara)
p. Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara)
q. Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa
r. Anak lelaki datuk saudara sebapa
s. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah
t. Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah
u. Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara)
v. Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara)
w. Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa
x. Anak lelaki moyang saudara sebapa
y. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa
z. Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa
2. Mesyuarat berpandangan bahawa susunan wali ini perlu dipertimbangkan untuk diguna pakai di Negeri Pulau Pinang.