Garis Panduan Hiburan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Garis Panduan Hiburan. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:
(i) Bersetuju menerima pakai Garis Panduan Hiburan yang telah diperakukan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 bertarikh 10-11 Februari 2015.
(ii) Garis panduan ini hendaklah dibacakan bersama dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2012 bertarikh 29 Mac 2012 berkaitan Penjelasan Hukum Isu Wanita Bernasyid.