JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menyambut Perayaan Orang Bukan Islam Dalam Masjid

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2018
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2018 yang bersidang pada 18-19 April 2018 telah membincangkan mengenai Hukum Menyambut Perayaan Orang Bukan Islam Dalam Masjid: Kajian Kes Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


(i) Program kepada orang bukan Islam di masjid bagi tujuan dakwah kepada golongan ini, di samping memurnikan hubungan di antara penduduk Islam dan bukan Islam adalah harus. 


(ii) Sebarang penganjuran program sambutan perayaan bukan Islam yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam atau boleh mendatangkan fitnah kepada agama Islam adalah haram.


(iii) Dicadangkan Sambutan Hari Terbuka dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau hari-hari kebesaran umat Islam yang lain dan menjemput orang-orang bukan Islam hadir ke majlis-majlis tersebut.


(iv) Satu garis panduan berkenaan perkara ini perlu disediakan bagi memberi panduan dan rujukan dalam merangka program kepada orang bukan Islam di dalam premis masjid mahupun surau.


Klik disini untuk mencetak