JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 yang bersidang pada 24-25 OKtober 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Asid Tartarik Dalam Industri Makanan Halal. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) Asid tartarik yang menggunakan wine-lees adalah haram kerana: 


a. ia terhasil daripada proses pemeraman arak yang telah sempurna dan bukannya sebelum menjadi arak.


b. Istihalah yang berlaku secara semulajadi daripada arak adalah dibenarkan. Tetapi proses nyah alkohol secara penyulingan wine-lees tidak berlaku secara semulajadi dan tidak dibenarkan. 


(ii) Asid tartarik yang bukan berasal daripada wine-lees adalah dibenarkan.


Klik disini untuk mencetak