Menerbit Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Al- Quran
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2017 yang bersidang pada 24-25 OKtober 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Menerbit Terjemahan Al-Quran Tanpa Teks Al- Quran. Mesyuarat membuat keputusan seperti berikut:
(i) Terjemahan makna ayat-ayat al-Quran dalam penulisan seperti buku agama, akhbar, jurnal, majalah, dan seumpamanya tanpa disertakan bersama teks asal al- Quran dalam Bahasa Arab adalah diharuskan. Terjemahan tersebut adalah satu bentuk penafsiran makna ayat-ayat dalam al-Quran, dan penafsiran ayat- ayat al-Quran adalah diharuskan secara kesepakatan ulama.
(ii) Terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk seperti ini juga adalah sebagai keterangan dan penghujahan terhadap apa yang terkandung di dalam penulisan, dan bukannya bermaksud ia adalah kalam Allah yang dibaca. Justeru, tidak ada halangan dari sudut syarak untuk membawa terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam penulisan tanpa disertakan teks asal ayat al-Quran.
(iii) Walau bagaimanapun adalah lebih digalakkan untuk menyertakan sekali teks asal al-Quran yang dalam Bahasa Arab kecuali jika dibimbangi ia akan mencemarkan kemuliaan dan kesucian ayat-ayat al- Quran, seperti penulisan di dalam buku-buku agama, surat-surat khabar, jurnal, majalah atau seumpama dengannya.
(iv) Manakala penerbitan dan pengedaran terjemahan al- Quran tanpa teks asal al-Quran, mesyuarat telah meneliti hujah-hujah dan pandangan seperti berikut :
a. Dalam kitab Manahil al-ʿIrfan dinyatakan:
يب عند ترجة القرٱأن بذا العن انل ٱسية لغة ٱسن تكتب الأيت القرٱأنية
Maksudnya : “ Dalam penterjemahan al-Quran -dengan pengertian ini (terjemah makna/tafsir) ke dalam apa jua bahasa, wajib ditulis ayat-ayat al- Quran” (al-Zurqani, t.t.: 2/134).
b. Dalam kitab al- Ta f sir w a al- M u f a s sir u n , pengarangnya menyebut bahawa antara syarat- syarat penterjemahan al-Quran ialah:
ٱسن يكتب القرٱأن ٱسولا، ث يؤت بعده بتفسيه، ث يتبع هذا بتجته التفسيية
Maksudnya: “Hendaklah ditulis al-Quran terlebih dahulu , kemudian dibawakan tafsirannya kemudian diikuti dengan terjemahannya secara tafsir” (Husain al-Dhahabi, t.t.: 1/24).
c. Kewujudan suatu buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran akan membawa kepada anggapan bahawa buku tersebut adalah al-Quran yang merupakan kalam Allah, tetapi bukan dalam Bahasa Arab dan bersifat maksum iaitu terpelihara daripada segala kekurangan dan kesilapan.
d. Kewujudan buku terjemahan al-Quran tanpa teks asal al-Quran boleh membawa fahaman kepada orang awam bahawa membaca buku terjemahan al-Quran tersebut sebagai bacaan seperti membaca al-Quran. Sedangkan membaca al-Quran selain Bahasa Arab adalah tidak dibenarkan.
Al-Nawawi menyebut:
ٱب ل سٱان ال عٱر ٱأن ب غٱي ٱاءٱةو ال قور مٱذ هٱبونٱا ٱينيهو لٱ يٱووزو ق ر ٱب ييةو سٱوٱاء ٱيم كٱنٱهو ال عٱر ٱ ة الصيل ٱا وٱسٱوٱاء كٱنٱ ف ٱيو عٱٱزٱ عٱن هٱا ٱيو غٱي
Maksudnya: “Dalam mazhab kita (Shafi'i) tidak harus membaca al-Quran dengan bahasa selain Bahasa Arab, sama ada seseorang itu mampu berbahasa Arab atau tidak mampu, dan sama ada di dalam sembahyang ataupun diluar sembahyang” (Al-Nawawi, t.t.: 3/379).
e. Membaca terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal al-Quran akan mendorong masyarakat awam meninggalkan daripada membaca teks asal al-Quran.
(v) Sehubungan dengan itu, berasaskan kepada pertimbangan antara maslahah dan mafsadah dalam isu ini, mesyuarat berpandangan sisi mafsadah lebih terserlah, maka mesyuarat memutuskan bahawa Penerbitan dan Pengedaran Terjemahan al-Quran Tanpa Teks Asal al-Quran adalah dilarang.