Menggerakkan Tabung Kutipan Derma/Sumbangan Ketika Khutbah Jumaat.
Mesyuarat Jawatankukasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 yang bersidang pada 18-19 Disember 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Menggerakkan Tabung Kutipan Derma/Sumbangan Ketika Khutbah Jumaat. Mesyuarat memutuskan bahawa:
(i) menggerakkan tabung kutipan derma atau sumbangan ketika khutbah Jumaat adalah makruh.
(ii) menasihatkan agar kaedah kutipan derma atau sumbangan adalah seperti berikut:
a. Menggerakkan tabung kutipan sebelum khutbah Jumaat atau selepas solat Jumaat.
b. Memperbanyakkan dan meletakkan tabung kutipan derma atau sumbangan di setiap lorong saf.
c. Memperbanyakkan dan meletakkan tabung kutipan derma atau sumbangan di tepi laluan serta pintu keluar masuk masjid serta di tempat-tempat yang sesuai.