JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pembinaan Masjid Dari Dana Loteri Kebajikan Masyarakat

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 yang bersidang pada 18 dan 19 Disember 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pembinaan Masjid Dari Dana Loteri Kebajikan Masyarakat. Mesyuarat memutuskan bahawa:


(i) hukum membina masjid daripada sumber yang haram seperti dana loteri kebajikan masyarakat adalah haram. Manakala solat di masjid tersebut adalah sah dan memperolehi pahala, Inshaa-Allah.


(ii) masjid yang sudah dibina daripada sumber yang haram adalah harus digunakan seperti masjid-masjid yang lain. Ini berdasarkan kaedah :

Maksudnya : dimaafkan (diampunkan) pada penerusan apa yang tidak dimaafkan (diampunkan) pada permulaan.



(ii) Wang daripada sumber haram atau tidak patuh syariah yang hendak dibersihkan apabila pelakunya telah bertaubat hendaklah disalurkan kepada maslahah orang Islam seperti pembinaan masjid, sekolah, jambatan dan hospital. Jika tidak boleh, maka hendaklah disalurkan kepada orang-orang fakir dan miskin di kalangan orang Islam. Hasil haram yang telah disalurkan tersebut adalah halal dan baik baginya.


Klik disini untuk mencetak