JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Memasukkan Perkataan "Islam" Di Dalam Kad Pengenalan Selepas Memeluk Agama Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2017
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2017 yang bersidang pada 18-19 Disember 2017 telah membincangkan mengenai Permohonan Fatwa Ke Atas Mualaf/Saudara Baru Untuk Memasukkan Perkataan "Islam" Di Dalam Kad Pengenalan Selepas Memeluk Agama Islam. Mesyuarat memutuskan bahawa perkataan Islam hendaklah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saudara baru/muallaf setelah dia memeluk agama Islam. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah : سد الذريعة iaitu menutup jalan yang membawa kepada kerosakan (mafsadah) dan konsep maqasid syariyyah : حفظ الدين iaitu memelihara agama bagi tujuan mengatasi permasalahan yang timbul dan sering dikaitkan dengan saudara baru/muallaf.

Klik disini untuk mencetak