JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian

Kategori: Haiwan
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2013 yang bersidang pada 30 Januari 2013 telah memutuskan seperti berikut:


1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa cochineal adalah sejenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).


2. Mesyuarat juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha' sepakat menyatakan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati dimana darahnya tidak mengalir.


3. Berdasarkan ketetapan tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah diharuskan dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.


Klik disini untuk mencetak