JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatakuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2013 yang bersidang pada 30 Januari 2013 memutuskan seperti berikut:


1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat menegaskan transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak. Sesuatu transaksi jual beli adalah dikira tidak sah, sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Mesyuarat turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.


2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., mesyuarat memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.


3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak samada syarikat atau individu di dalam atau di luar Negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual beIi emas seperti yang digariskan oleh Syarak atau undang-undang Negara.


Klik disini untuk mencetak