JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Sembahyang Tahiyyatul Masjid dan Iktikaf Di Dalam Bangunan Selain Masjid.

Kategori: Ibadah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2012 yang telah bersidang pada 29 November 2012 telah membincangkan mengenai Sembahyang Tahiyyatul Masjid dan Iktikaf Di Dalam Bangunan Selain Masjid. Mesyuarat memutuskan seperti berikut:


(i) Mesyuarat berpandangan bahawa jika dilihat kepada hukum asal sembahyang sunat tahiyyatul masjid dan i'tikaf, kedua-duanya hanya sunat dilakukan di dalam sesebuah tempat yang dinamakan masjid. Alasannya ialah:


a. Tujuan sembahyang sunat tahiyyatul masjid dikerjakan adalah sebagai menghormati masjid.

b. Masjid merupakan salah satu rukun atau syarat sah i'tikaf.


(ii) Oleh itu, tidak disunatkan sembahyang sunat tahiyyatul masjid dan i'tikaf itu di dalam balai ibadat atau surau. lni kerana memang jelas nama balai ibadat atau surau itu bukan dimaksudkan sebagai masjid walaupun didirikan di dalamnya sembahyang berjemaah lima waktu, sembahyang Jumaat serta sembahyang sunat yang lain seperti Tarawih, 'Idil Fitri, 'Idil Adha dan lain-lain.


Klik disini untuk mencetak