JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Kalimah-Kalimah Suci Khusus Bagi Agama Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 3/2009 yang bersidang pada 20 Mei 2009 telah membincangkan mengenai Kalimah-Kalimah Suci Yang Khusus Bagi Agama-Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan Agama-Agama Bukan Islam dan memutuskan seperti berikut:


1) Bahawa kalimah-kalimah yang berkaitan dengan kesucian agama Islam adalah khusus bagi agama dan orang Islam sahaja. Oleh itu ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.


2) Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang besar kepada agama dan orang Islam.


3) Oleh itu orang Islam wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah-kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub.


4) Kalimah-kalimah tersebut ialah seperti berikut :


1. Allah

2. Firman Allah

3. Ulama’

4. Hadith

5. Ibadah

6. Kaabah

7. Qadhi

8. Illahi

9. Wahyu

10. Mubaligh 

11. Syariah

12. Qiblat

13. Haji

14. Mufti

15. Rasul

16. Iman 

17. Dakwah

18. Solat

19. Wali

20. Fatwa

21. Imam 

22. Nabi

23. Sheikh

24. Khutbah

25. Tabligh

26. Akhirat

27. Azan

28. Al-Quran

29. As-Sunnah 

30. Auliya’

31. Karamah

32. Syahadah

33. Masjid

34. Baitullah

35. Surau

36. Musolla

37. Zakat Fitrah

38. Hajjah 

39. Taqwa

40. Soleh


5) Oleh itu mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada menghina kesucian agama Islam adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.


Tarikh Warta: 29 April 2010

No. Warta: 240

Klik disini untuk mencetak