JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Mengenai Hukum Wanita Menyerupai Lelaki Dan Sebaliknya

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2009 yang bersidang pada 22 Januari 2009 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyerupai Lelaki Dan Sebaliknya dan memutuskan seperti berikut:


1. Bahawa pengkid iaitu wanita yang mempunyai penampilan dan gerak laku serta memiliki kecenderungan naluri seksual seperti lelaki. Pemakaian budaya pengkid adalah haram di sisi Islam. Pengharaman ini juga meliputi orang lelaki yang mempunyai penampilan dan gerak laku menyerupai orang perempuan. Oleh yang demikian, ibu bapa serta masyarakat Islam digesa supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


2. Pengharaman ini adalah berdasarkan:


(i) Hadis

Daripada Ibn Abbas r.a berkata : “Rasulullah s.a.w. melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita” (Sahih Bukhari)


(ii) Hadis

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki” (Sunan Abu Daud)


Tarikh Warta: 8 Oktober 2009

No. Warta: 667

Klik disini untuk mencetak