JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Pulau Pinang.

Kategori: Perubatan
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2006 yang bersidang pada 19 April 2006 telah membincangkan mengenai Cadangan Pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan Kepada Bakal Pengantin Di Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat memutuskan seperti berikut :


(i) Bersetuju supaya pemeriksaan kepada bakal pengantin di Negeri Pulau Pinang dilaksanakan.


(ii) Bersetuju jika sekiranya seseorang bakal pengantin itu didapati mempunyai kes HIV/AIDS positif, maka pihak tersebut hendaklah diberi kaunseling dan terpulanglah kepada waris yang telibat sama ada untuk meneruskan atau pun tidak perkahwinan tersebut.


(iii) Keputusan pemeriksaan kesihatan tersebut dikategorikan sebagai sulit


Klik disini untuk mencetak